Pages

Wednesday, January 19, 2011

Coretan Rasa..

ku lihat pada wajah yang ceria..
tiada garis resah..
tiada coretan derita..
hanya tawa dan senyuman berpanjangan..

kerana waktu itu..
belum dia kenal erti kembara..
belum dia rungkai makna hamba..
hari-hari yang berlalu
bagaikan lakaran mimpi yang indah..

kini dia berjalan lagi..
pada lorong-lorong hidup takdir Ilahi...
ku masih lihat wajah ceria itu..
namun tawanya kini berbeza..
ada sedikit keluh pada hujung nafasnya..

kerana waktu itu..
telah terbongkar rahsia hidup..
perjalanan berliku penuh teka-teki..
tersandar lemah pada rahmat Ilahi..

kini dia terus melangkah..
kerana di hujung sana ada impian yang menunggu
pada semangat yang diharapnya takkan pudar..
meski ujian adakalanya menyesak dada..
memaksa dia untuk terduduk pasrah..

kerana hakikatnya..
aku,kau dan dia adalah manusia..
berjalan bersama menerusi masa..
saat dan ketika akan tiba..
penghujung nikmat seorang hamba...

maka ku harap aku,kau dan dia..
akan sentiasa sabar dan terus kehadapan..
dan tidak sesekali putus harapan..
kerana pada dunia dan kehidupan..
ada Anugerah Cinta Ilahi...


No comments:

Post a Comment