Pages

Saturday, October 22, 2011

Program Strive 4 Excellent!

Assalamualaikum w.b.t ....

Surau Al-Irfan telah mengadakan Program Strive 4 Excellent untuk memberi semangat kepada para pelajar untuk menghadapi PSPM tidak lama lagi. 
Program telah diadakan di Surau Al-Irfan dan Dewan Kuliah 2 pada 15 Oktober 2011. 

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin



Seterusnya solat Isya' berjemaah dan solat sunat hajat secara berjemaah. Para pelajar di minta bergerak ke Dewan Kuliah 2 untuk sesi MOTIVASI.........

Ceramah motivasi dikendalikan oleh Ust Khairil (Abi) dan penceramah jemputan yang merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Labuan sesi 2010/2011 Adam Nabil Azaad (berbaju putih memegang mikrofon)

Program ini tamat pada jam 11.00 malam dengan jaya nya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program 'Strive for Excellent!' ini. 

Semoga kita akan dipermudahkan oleh Allah untuk menghadapi PSPM nanti.................. ^_^



Lelaki yang dirindui....

'Lelaki' yang kukagumi, berusaha keras mengembalikan madrasah Rasulullah hingga ke hujung nyawa


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa



Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih

Thursday, October 20, 2011

PSPM pemberi motivasi

Assalamualaikum w.b.t
   Pejam celik,pejam celik,esok smua  pelajar kolej matrikulasi labuan akan menghadapi peperiksaan (PSPM) untuk kertas pertama iaitu Bahasa Inggeris..terasa masa begitu singkat untuk kita mengulangkaji pelajaran.. mesti ada di antara kita yg tidak tidur lena kerana terlalu risaukan dengan peperiksaan yang bakal ditempuhi..

    Namun, kita harus ingat bahawa,semua yang berlaku di dunia ini adalah kehendak ALLAH swt.. Oleh itu, di saat peperiksaan menghampiri kita,kita harus mendekatkan diri kepada ALLAH swt..,memanjatkan doa kepadaNYA. Di sini,saya ingin berkongsi video dengan rakan2 semua.. semoga video ini dapat memberi inspirasi kepada kita untuk berjaya kelak,insyaALLAH :) tidak ada yang mustahil di dunia ini selagi kita berusaha dan bertawakal kepada ALLAH swt..Smua pasti B0LEH!!



Wednesday, October 19, 2011



Doa Agar Berjaya dalam Pelajaran & Mengejar Cita-cita


Maksudnya : "Ya Allah  kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan) urusan kami"

Keterangan :
Ayat in dibacakan oleh pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ketika melarikan diri ke dalam gua (al-kahf) sebagai doa kepada Allah agar mendapat rahmat & hidayah-Nya agar berjaya mempertahankan keimanan mereka.
Rahmat dalam ayat ini merujuk kepada ilham & hidayah yang membawa kepada kejayaan dunia & akhirat. 

ayat 10 surah al-Kahfi.