Pages

Wednesday, January 19, 2011

Coretan Rasa..

ku lihat pada wajah yang ceria..
tiada garis resah..
tiada coretan derita..
hanya tawa dan senyuman berpanjangan..

kerana waktu itu..
belum dia kenal erti kembara..
belum dia rungkai makna hamba..
hari-hari yang berlalu
bagaikan lakaran mimpi yang indah..

kini dia berjalan lagi..
pada lorong-lorong hidup takdir Ilahi...
ku masih lihat wajah ceria itu..
namun tawanya kini berbeza..
ada sedikit keluh pada hujung nafasnya..

kerana waktu itu..
telah terbongkar rahsia hidup..
perjalanan berliku penuh teka-teki..
tersandar lemah pada rahmat Ilahi..

kini dia terus melangkah..
kerana di hujung sana ada impian yang menunggu
pada semangat yang diharapnya takkan pudar..
meski ujian adakalanya menyesak dada..
memaksa dia untuk terduduk pasrah..

kerana hakikatnya..
aku,kau dan dia adalah manusia..
berjalan bersama menerusi masa..
saat dan ketika akan tiba..
penghujung nikmat seorang hamba...

maka ku harap aku,kau dan dia..
akan sentiasa sabar dan terus kehadapan..
dan tidak sesekali putus harapan..
kerana pada dunia dan kehidupan..
ada Anugerah Cinta Ilahi...


Saturday, January 15, 2011

pasti menjanjikan yang terbaik!

tuan-tuan, puan-puan,
adik kakak semua..
sila ambil perhatian,
betulkan skrin komputer anda.
Ayuh lihat kemeriahan yang bakal berlangsung
sepanjang Minggu Penghayatan Islam
13 – 27 Februari 2011 ini~

13 Februari 2011

Malam Anugerah Cinta Ilahi

15 & 17 Februari 2011

Bengkel Menutup Aurat - “Cantikkah Aku Di Matamu?”
Pertandingan I-Fesyen – khusus untuk pelajar perempuan sahaja

18, 19, 20 Februari 2011

Ihtifal KML
    • Pertandingan Tilawah Al-Quran
    • Pertandingan Hafazan Al-Quran
    • Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab Piala Pengarah KML
    • Pertandingan Azan
    • Pertandingan Deklamasi Puisi Islami
    • Pertandingan Kompang Selawat Terbuka Labuan Piala Datuk Yussof Mahal

Labuan Halal Expo
    • Dengan kerjasama Perbadanan Labuan, badan-badan korporat, agensi kerajaan dan swasta, industri kecil dan sederhana (IKS) dan pelbagai lagi.

Gerai Usahawan Muda MPI
27 Februari 2011

Malam Anugerah Inspirasi Seni (MANIS)

Sepanjang Minggu Penghayatan Islam

Titis Tinta Akal
    • Pertandingan Menulis Cerpen Jawi DBP
    • Pertandingan Mencipta Puisi DBP
    • Pertandingan Kaligrafi
    • Pertandingan Melukis Komik & Poster Islami
    • Pertandingan Apresiasi Foto

Pertandingan Filem Pendek

Pertandingan Menghias Musolla Blok Piala Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar


macam mana?
meriah bukan?
Jika anda sudi menyertai pertandingan dan aktiviti yang disediakan ini,
Insya-Allah MPI akan lebih meriah.
ayuh ajak kawan-kawan anda, saudara-mara anda,
untuk berkunjung ke Kolej Matrikulasi Labuan,
bagi memeriahkan MINGGU PENGHAYATAN ISLAM
dengan tema,
ANUGERAH CINTA ILAHI


*Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Penerangan Rasmi MPI – saudara Mohd Amirul Mukminin di talian 0145551486 @ 0198387325 atau emailkan kepada sahabat_irfaan@yahoo.com. Jazakallahu khairan kathiira.

Friday, January 14, 2011

mempersembahkan kepada anda^^

kini masanya telah tiba...

adakah anda telah bersedia,

menghayati dunia Islam yang penuh warna?

pastikan anda tidak ketinggalan,

pada 13 - 27 Februari 2011,

satu siri penghayatan akan bermula,

di sini...

*Untuk keterangan lanjut mengenai MPI, sila layari www.irfaan-kml.blogspot.com atau lawati Bilik Gerakan MPI di aras 1 Surau Al-'Irfaan. Bersama hayati keindahan Islam~

Thursday, January 13, 2011

cuti sambil belajar


kepada semua sahabat al-'irfaan,
selamat menghadapi cuti pertengahan semester II


kalau dah dapat peluang bercuti,
cutilah betul-betul.
ambil peluang keemasan ini untuk bersama keluarga.
bergurau senda.
bergelak ketawa.
makan bersama.
mesti kalian semua rindukan saat-saat tersebut bukan?
 
 
namun, pada masa yang sama.
buku-buku ilmiah yang berharga,
biologi, fizik, akaun seumpamanya~
janganlah ditinggalkan begitu sahaja.
bawalah pulang sebagai kawan dan teman.
tak rugi juga kan?
 
 
hargai masa cuti yang ada.
berbakti pada kedua orang tua.
amal ibadah kepada-Nya jangan sesekali dilupa.
jika lalai kelak diri akan binasa.
 
 
 
selamat bercuti~

Tuesday, January 11, 2011

tahnik + cukur jambul

tanggal 10 Januari 2011
seluruh ahli kariah Surau Al-'Irfaan menyambut kelahiran saudara baru
yang diberi nama


Megat Adli bin Megat Faizul Khairi
majlis ini dijalankan dengan penuh kesyukuran,
sebagai tanda mensyukuri ni'mat pemberian yang Allah kurniakan
kepada hamba-hambaNya..
tahniah kepada Encik Megat atas kehadiran permata yang baru
semoga si comel tersebut membesar
sebagai seorang mujahid yang sentiasa menegakkan agama Allah..
Insya-Allah~


 *salah seorang sahabat yang bersungguh-sungguh menyediakan juadah utama malam tersebut :)


 *walau menghancurkan daging kisar, ada juga kerja kan? kan?


 *juadah utama, BUBUR LAMBUK! alhamdulillah, sangat sedap~


*majlis tahnik sedang berjalan~
*majlis cukur jambul.. (baik-baik gunting tu~)


 *tidak ketinggalan, pengerusi Sahabat berpeluang mencukur jambul si comel ini :)


terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..
semoga ALLAH merahmati kalian semua :)


Insya-Allah~

ukur baju di badan sendiri

pada malam Sabtu yang lalu,
beberapa hari lagi menjelang UPS
pimpinan muslimin Sahabat Al-'Irfaan telah menghadiri
sesi mengukur baju rasmi
khas untuk pimpinan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif..


ingin lihat gelagat mereka?


saksikan..


*berbincang untuk menentukan siapa dulu mau diukur badannya :p
 
 
*ukur bagus-bagus ye..
*sebelum mengukur, berunding dulu! (pesanan penaja)
 
 
 *lihat ketelitian makcik ni mengukur~
 
 
 *ukur.. ukur.. ukur..
 
 
 *antara mastermind yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.. (chaiyok Datu!)
 
 
alhamdulillah,
dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pimpinan,
sesi ini berjalan dengan lancar.
terima kasih diucapkan kepada Butik Seri Kandi,
atas kesudian untuk datang ke KML
bagi memastikan pembuatan baju rasmi sahabat berjalan lancar..
 
 
 
ingin lihat hasilnya?
 
 
tunggu~

Thursday, January 6, 2011

sila jangan malas



exam sudah dekat.
sila jangan malas.
orang indonesia kata.
malas pangkal bodo.

lakukan yang terbaik :)


kepada semua sahabat al-'irfaan,
selamat menduduki Ujian Pertengahan Semester II
yang akan diadakan bermula
10 Januari hingga 13 Januari 2011
 
 
berusahalah selagi terdaya,
buat yang terbaik.
itu lebih bagus daripada langsung tidak melakukan apa-apa tindakan.
jika Allah menghendaki,
pasti Dia akan menganugerahkan kepada kita sekalung
kejayaan.
 
kepada sahabat yang mendapat keputusan MUET dengan cemerlang,
tahniah diucapkan.
 
mabruk jiddan!
 
kepada yang kurang bernasib baik,
tidak mengapa,
Allah Maha Mengetahui.
yakin dan percaya bahawa dalam setiap yang terjadi,
pasti ada hikmah tersembunyi~

Wednesday, January 5, 2011

Gotong Royong Perdana

Alhamdulillah,
syukur kepada Allah 'Azza Wajalla
satu lagi program telah berjaya disempurnakan.


Program ini diadakan pada

1 Januari 2011

bertempat di mutiara KML, Surau Al-'Irfaan.
Alhamdulillah,
program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Hasilnya,
keindahan Surau Al-'Irfaan menyejukkan mata,
kebersihan Surau Al-'Irfaan terjaga,
dan yang pastinya,
kesucian Surau Al-'Irfaan sentiasa terpelihara.

   *operasi membersihkan bahagian tangga surau


 *lihat betapa rajin sahabat kita ini membersihkan bahagian koridor surau. Mabruk!


 *bertungkus lumus mengembalikan 'sinar cahaya' di ruangan wudhu' muslimin


*sebahagian kipas yang dibersihkan demi memastikan keselesaan para jemaah untuk menjalani ibadah :)


 *bahagian koridor surau yang dibersihkan


*tidak ketinggalan membersihkan ruangan solat utama^^


*kanak-kanak bawah umur, jangan tiru aksi ini di rumah! :p


Kepada yang hadir pada Gotong Royong tersebut,
syukran jazilan

kami ucapkan kepada kalian semua.
semoga Allah memberkati dan merahmati usaha kita bersama.
Insya-Allah^^

Jika ada masa terluang,
program seperti ini akan dijalankan lagi,
semoga lebih ramai sahabat yang hadir
untuk mengekalkan keindahan Surau Al-'Irfaan..

-bersama mengimarahkan rumah Allah..-