Pages

Wednesday, November 24, 2010

permulaan satu perjalanan



kau kata.
permulaan satu perjalanan yang jauh itu.
bermula dengan derap langkah pertama.
aku kata tidak.
aku kata.
permulaan satu perjalanan yang jauh itu.
bermula dengan detik rasa pada hati.
hati yang dambakan perubahan.
hati yang ingin mencari cahaya Tuhan.
hati yang sedia untuk hadapi dunia.
apa adanya.

kerana detik rasa pada hati itu.
akan bikin kaki jadi yakin untuk mengorak langkah pertama.

(shin)

No comments:

Post a Comment