Dalam jauh sebuah perjalanan,
Allah amanahkan perjuangan,
Terimalah dengan kekuatan,
Kadang sakit yang mendatang,
Kadang teman tak sehaluan,
Kadang cemerlang gagal dicapai,
Namun itu semua adalah ujian,
Untuk mencari iman yang teguh,
Kita bukan permula pada pejuangan, bukan jua penghujungnya.
Tapi, kita adalah penyambung perjuangan...
Janganlah kita terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik. Kerana hidup ini tak semudah apa yang kita sangkakan.
Apa guna menjadi yang terbaik.??
Jika amanah kita abaikan.?
Jika ibadah kita tinggalkan?
Jadi lah diri sendiri. Gagahkanlah diri untuk melangkah dalam perjuangan. Kerana suatu hari nanti, kejayaan pasti akan menyusul. ^_^
Semoga kita semua terus menjadi pejuang yang terhebat !
Jangan menyerah..
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sentiasa berjuang di jalanNya.
Thursday, September 22, 2011
Thursday, September 15, 2011
khas untuk dia yang bergelar SAHABAT...
Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!
Wednesday, August 10, 2011
Ahlan ya Ramadhan
Alhamdulillah
episod Ramadhan kini kembali lagi
rentaknya mungkin tidak lagi sama
namun tersemat harapan agar bunga menjadi lebih mekar daripada sebelumnya
agar wanginya juga akan lebih tersebar
lantas membuahkan kemanisan iman dan takwa yang berpanjangan
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [ Al Baqarah:183 ]
namun untuk memperoleh ijazah takwa daripada Allah swt
memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi
dan semestinya keikhlasan itu perlu diraih
agar ibadah dan amal kebaikan tidak menjadi sia-sia
Daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w ; “Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia berpuasa),maka Allah tidak memerlukan dia untuk meninggalkan makan dan minum.”[ Bukhari ]
semoga dengan kehadiran Ramadhan
menjadi permulaan yang baru untuk berubah menjadi lebih baik
walaupun masa begitu pantas meninggalkan detik-detik Ramadhan
namun permulaan yang baik itu tidak memerlukan pengakhiran
bahkan ia memerlukan peningkatan
amatlah rugi bagi mereka yang mensia2kan Ramadhannya
walhal Allah swt telah menjanjikan syurga
pahala yang berlipat ganda
dan kebaikan demi kebaikan
buat hambaNya yang berpuasa dan beramal soleh di bulan ini
Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya ; Rasulullah s.a.w bersabda; “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak dibenarkan masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak aka nada pengumuman ; Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir daripada mereka telah masuk,maka pintu tadi tertutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.” [ Bukhari & Muslim ]
ayuh sahabat sekalian
layarilah bahtera Ramadhan dengan penuh kesyukuran
kayuhlah seikhlasnya menuju daerah kebaikan
dan manfaatkan pelayaran untuk mengutip mutiara ilmu,amal dan iman
semoga bertemu redha Allah dengan penuh ketakwaan
Tuesday, April 26, 2011
no title..
Apa itu kehidupan?
ada yg kata..
perjalanan..
kembara..
perjuangan..
pengorbanan..
ujian..
bla..bla..bla..
semua tu betul..
dan..
hidup itu sementara..
yg singkat masanya..
tp bukanlah utk disia2kan..
krn kehidupan itu menuntut
usaha..
doa..
tawakkal..
utk menyiapkan bekalan..
semestinya krn Allah swt..
itu prkara asas
yg perlu kita lakukan..
tapi..
tidak semudah itu..
banyak rintangan...
cabaran..
dugaan..
mehnah..
yg perlu kita lalui..
itu sudah semestinya...
namun..
jangan pernah berputus asa
dgn kehidupan..
krn yg bputus asa dgn rahmat Allah..
hnyalah org2 kafir..
maka..
anda perlu teruskan langkah..
andai jatuh..
bangunlah kembali..
andai terluka..
ingat janjiNya..
percayalah..
tiada yg sia2..
skiranya smua yg kita lakukan
adalah krnNya..
selepas ini..
kita akan berjuang lagi..
ujiannya pasti lebih hebat..
rintangannya pasti lebih mencabar..
sesekali mungkin akan tergugat..
namun ku yakin dan pasti..
Allah sntiasa bsama kita..
melihat kita..
mendengar doa kita..
membantu kita..
dan menyayangi kita..
tetapkan hati dan teruskan perjuangan..
walau di bumi manapun kaki berpijak..
Islam tetap akan kita junjung..
Allahu Akhbar!!!
Monday, April 25, 2011
.: memoir sahabat :.
Assalamualaikum warahmatullah sahabat semua.
Setelah setahun kita bersama,
memang seperti sehayat terasa.
Namun perpisahan kita cuma sementara,
yakin dan percaya,
kita akan bertemu dan bersama semula,
pada hayat seterusnya.
Memori ini dikongsi bersama,
khas untuk tatapan semua.
-saf kepimpinan utama Sahabat Al-'Irfaan-
-Majlis Tertinggi Sahabat Al-'Irfaan-
Dari Kiri (Hadapan) : Mohd Shahfieq, Mohd Farez Syinon, Mohd Azry Hairie
Dari Kiri (Belakang) : Shawati, Sitti Nor Hafidah, Norsyamimi
LAJNAH PEMBANGUNAN INSAN
LAJNAH KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
LAJNAH AKADEMIK
LAJNAH PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN
LAJNAH PUSTAKA DAN WARISAN
LAJNAH REKREASI DAN KEBUDAYAAN
LAJNAH PENERBITAN
LAJNAH LOGISTIK DAN INVENTORI
LAJNAH KEBAJIKAN
LAJNAH ICT DAN SIARAYA
LAJNAH FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI
Lihat?
Memori itu semuanya indah belaka bukan?
Memetik kata-kata Pengerusi Sahabat Al-'Irfaan, saudara Farez Syinon,
ukhuwwah itu umpama rantaian tasbih,
ada permulaannya namun tiada penghujungnya.
kepada semua Sahabat Al-'Irfaan,
teruskan perjuangan kalian,
kerana perjuangan menegakkan Islam belum pernah selesai.
Selamat berjuang, selamat menjadi orang cemerlang,
dan selamat gembira senyum selalu :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

